Monday 26 October 2015

PELANCARAN 'PATROL SQUAD' KAMPUNG TITI TERAS

Setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita yang kurang menyenangkan. Kejatuhan nilai ringgit, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, jerebu dan segala macam berita yang merisaukan.

Ditambah pula dengan kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi. Pihak berkuasa terutamanya PDRM sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani masalah ini.

Namun begitu, masyarakat perlu memainkan peranan dalam usaha membantu mencegah masalah jenayah supaya tidak berlaku di dalam komuniti masing-masing.

Atas kesedaran itulah, JKKK Kampung Titi Teras, di bawah Biro Keselamatan dan Bencana mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan rondaan 'Patrol Squad' supaya mampu mengatasi masalah keselamatan di sekitar kampung.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan pada 17 Oktober 2015 dan telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Tuah Ismail, Pegawai Penyelaras KADUN Pulau Betong, Balik Pulau.


Dalam majlis tersebut, pasukan 'Patrol Squad' telah dihadiahkan dengan dua buah mesin pemotong pokok untuk kegunaan pasukan itu menjalankan tugas-tugas mereka.



Pasukan ini bukan sahaja bakal membantu menjaga keselamatan kampong, bahkan juga turut membantu menjaga kebajikan dalam masyarakat di kampong ini.


No comments:

Post a Comment