Sumber Ilmu:
Perpustakaan Desa Titi Teras - Terletak di sebelah Masjid An-Nur Titi Teras, perpustakaan ini menyediakan beberapa kemudahan seperti bahan rujukan, pinjaman buku, internet, perkhidmatan mencetak (printing) dan sebagainya. Pentadbiran Perpustakaan Desa juga banyak memberi sumbangan dalam menjayakan beberapa aktiviti dan program kampung Titi Teras.

Inap desa:
Astana Inn Homestay - Sebuah rumah Inap Desa yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan keselesaan pengunjungnya. Sesuai sebagai tempat persinggahan pelancong serta keluarga-keluarga yang menziarah saudara-mara di Pulau Pinang amnya dan Balik Pulau khasnya.
Tel: 012-4102369, 019-4340255, 04-8660300 http://astana-inn.blogspot.com/
Nur Homestay - Sebuah lagi rumah Inap Desa yang selesa untuk anda sekeluarga. Sila hubungi 019-5709500 atau layari laman facebook Titi Teras Balik Pulau Nur Homestay.
Bengkel Motor:

Asuhan Kanak-Kanak:
TASKA AN-NUR yang terletak bersebelahan dengan Masjid An-Nur Titi Teras menyediakan perkhidmatan mengasuh kanak-kanak kepada ibubapa yang berkerjaya. Kepada ibubapa yang inginkan maklumat berkenaan TASKA ini sila hubungi talian 013 - 478 7272.
Riadah:
Taman rekreasi pokok ceri yang terletak bersebelahan dengan empangan JPS merupakan tempat riadah yang disediakan untuk penduduk sekitar membuat senaman ringan. Pengguna boleh terus ber'jogging' melalui jalan menuju ke kawasan sawah padi yang terletak di sebelah taman ini. Antara kemudahan riadah yang disediakan setakat ini adalah lorong refleksologi dan gelanggang sepak takraw.
TT Futsal - Gelanggang Futsal yang terletak di belakang Dewan JKKK Titi Teras adalah salah satu lagi tempat riadah bagi kegunaan penduduk setempat. Boleh digunakan utk sebarang aktiviti bersukan dengan membuat tempahan dengan menghubungi En Omar bin Ismail : 012-5792103 atau En Mohd Nazrul bin Osman : 019-4716690
No comments:
Post a Comment