Saturday 22 October 2016

Jamuan Deepavali anjuran Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras KADUN Pulau Betong dengan kerjasama JKKK Kg Titi Teras




 Sekitar Program Jamuan Deepavali 2016 anjuran Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras KADUN Pulau Betong dengan kerjasama JKKK Kg Titi Teras pada 22 Oktober 2016 baru-baru ini.

Wednesday 19 October 2016

Pertandingan Konvensyen COMBI Peringkat Kebangsaan 2016



Alhamdulillah... pada tahun ini sekali lagi Pasukan Sukarelawan COMBI Kg Titi Teras telah berjaya memenangi Konvensyen COMBI Peringkat Negeri dan telah layak untuk menyertai PERTANDINGAN KONVENSYEN COMBI PERINGKAT KEBANGSAAN 2016 yang telah diadakan pada 23 September 2016 yang lalu bertempat di Desaru Spa & Resort, Bukit Tinggi, Johor.

Walaubagaimanapun, COMBI Kg Titi Teras hanya mendapat saguhati dalam pertandingan tersebut.

In shaa Allah, pasukan COMBI Kg Titi Teras akan memperbaiki kekurangan untuk terus berjaya di masa akan datang.

Sunday 8 November 2015

KUNJUNGAN DARI AJK LOKALITI COMBI DARI PERAK DARUL RIDZUAN


7 November 2015 - Pihak Sukarelawan COMBI Kg Titi Teras bersama-sama JKKKN Kg Titi Teras mengalu-alukan kunjungan mesra dari AJK Lokaliti COMBI dari negeri Perak Darul Ridzuan.

Pasukan sukarelawan COMBI Kg Titi Teras, membentangkan tentang sejarah penubuhan serta serba sedikit aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang penubuhannya. Turut dikongsikan ialah inovasi 'Penggredan' yang dikenalpasti mampu menunjukkan impak daripada komunikasi yang telah dilakukan oleh para sukarelawan COMBI.

Kunjungan yang singkat itu bukan sahaja mampu menjalin ukhwah di antara lokaliti kedua-dua negeri bahkan banyak ilmu & maklumat yang dapat dikongsi bersama bagi memantapkan lagi pasukan sukarelawan membenteras nyamuk aedes di lokaliti masing-masing.






Thursday 29 October 2015

Monday 26 October 2015

PELANCARAN 'PATROL SQUAD' KAMPUNG TITI TERAS

Setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita yang kurang menyenangkan. Kejatuhan nilai ringgit, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, jerebu dan segala macam berita yang merisaukan.

Ditambah pula dengan kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi. Pihak berkuasa terutamanya PDRM sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani masalah ini.

Namun begitu, masyarakat perlu memainkan peranan dalam usaha membantu mencegah masalah jenayah supaya tidak berlaku di dalam komuniti masing-masing.

Atas kesedaran itulah, JKKK Kampung Titi Teras, di bawah Biro Keselamatan dan Bencana mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan rondaan 'Patrol Squad' supaya mampu mengatasi masalah keselamatan di sekitar kampung.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan pada 17 Oktober 2015 dan telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Tuah Ismail, Pegawai Penyelaras KADUN Pulau Betong, Balik Pulau.


Dalam majlis tersebut, pasukan 'Patrol Squad' telah dihadiahkan dengan dua buah mesin pemotong pokok untuk kegunaan pasukan itu menjalankan tugas-tugas mereka.



Pasukan ini bukan sahaja bakal membantu menjaga keselamatan kampong, bahkan juga turut membantu menjaga kebajikan dalam masyarakat di kampong ini.


Thursday 5 April 2012

Program yang bakal diadakan di Desa Titi Teras dalam masa terdekat:
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA TITI TERAS
anjuran
COMBI TITI TERAS, BALIK PULAU
pada AHAD, 8 April 2012, dari jam 8 pagi hingga 12 tghri

JAMUAN TENGAHARI DISEDIAKAN



KARNIVAL SIHAT SEPANJANG HAYAT
sempena
HARI KESIHATAN SEDUNIA 2012
pada
AHAD, 15hb April 2012. 8 pagi - 1 tghri

Wednesday 1 February 2012

Hari Terbuka Perpustakaan Desa Titi Teras Balik Pulau



Antara Aktiviti-aktiviti Menarik :



Pertandingan Bacaan Pantas, Treasure Hunt, Lukisan Batik, Pertandigan Lagu Kanak-kanak, Pertandingan Masakan Nasi Lemak dan Pertandingan Gubahan Sumi & Jelly



Pameran dari Playsmart Pertosains, Taman Negara, Argo Bank "Pelancaran Pembukaan Akaun Argo Kids"-setiap pembukaan akaun akan menerima cenderahati



Jualan Buku dan alatan Tulis dari Hasrat Sari dan Karangkraf



Aktiviti menarik selama satu jam bersama "Playsmart Petrosains"



Jemput Semua Datang Beramai-ramai..Maklumat lanjut hubungi talian 04-8660781