Sunday 8 November 2015

KUNJUNGAN DARI AJK LOKALITI COMBI DARI PERAK DARUL RIDZUAN


7 November 2015 - Pihak Sukarelawan COMBI Kg Titi Teras bersama-sama JKKKN Kg Titi Teras mengalu-alukan kunjungan mesra dari AJK Lokaliti COMBI dari negeri Perak Darul Ridzuan.

Pasukan sukarelawan COMBI Kg Titi Teras, membentangkan tentang sejarah penubuhan serta serba sedikit aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang penubuhannya. Turut dikongsikan ialah inovasi 'Penggredan' yang dikenalpasti mampu menunjukkan impak daripada komunikasi yang telah dilakukan oleh para sukarelawan COMBI.

Kunjungan yang singkat itu bukan sahaja mampu menjalin ukhwah di antara lokaliti kedua-dua negeri bahkan banyak ilmu & maklumat yang dapat dikongsi bersama bagi memantapkan lagi pasukan sukarelawan membenteras nyamuk aedes di lokaliti masing-masing.






Thursday 29 October 2015

Monday 26 October 2015

PELANCARAN 'PATROL SQUAD' KAMPUNG TITI TERAS

Setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita yang kurang menyenangkan. Kejatuhan nilai ringgit, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, jerebu dan segala macam berita yang merisaukan.

Ditambah pula dengan kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi. Pihak berkuasa terutamanya PDRM sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani masalah ini.

Namun begitu, masyarakat perlu memainkan peranan dalam usaha membantu mencegah masalah jenayah supaya tidak berlaku di dalam komuniti masing-masing.

Atas kesedaran itulah, JKKK Kampung Titi Teras, di bawah Biro Keselamatan dan Bencana mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan rondaan 'Patrol Squad' supaya mampu mengatasi masalah keselamatan di sekitar kampung.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan pada 17 Oktober 2015 dan telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Tuah Ismail, Pegawai Penyelaras KADUN Pulau Betong, Balik Pulau.


Dalam majlis tersebut, pasukan 'Patrol Squad' telah dihadiahkan dengan dua buah mesin pemotong pokok untuk kegunaan pasukan itu menjalankan tugas-tugas mereka.



Pasukan ini bukan sahaja bakal membantu menjaga keselamatan kampong, bahkan juga turut membantu menjaga kebajikan dalam masyarakat di kampong ini.